TIPS : Ulser dan Cara Merawatnya

Assalamualaikum..
Hai..

A few days ago Mira baru je sembuh dari luka ulser kat bahagian mulut. So Mira nak share serba sedikit pasal ulser yang Mira tahu since dalam tempoh Mira kena ulser haritu Mira ada baca sikit pasal ulser mulut ni.

Mira rasa semua orang pernah alami ulser mulut ni betul tak? Selain dari budak kecik, orang dewasa pun boleh alami masalah ni. Dia punya sakit tu memang 'nikmat' yang amat kan? Hehe. Sebenarnya ada cara untuk kita merawat ulser di mulut supaya tidak menjadi makin teruk. Dan Mira akan share dua tips yang Mira guna masa nak rawat ulser yang ada kat mulut Mira haritu. Kalau rajin boleh baca 'note' Mira kalini sampai habis.

Source : Google


First of all, jom kenali apa itu ulser. Ulser ni adalah sejenis luka kecil yang terjadi pada bahagian mulut. Selalunya ulser akan menyebabkan kita rasa sakit dan tak selesa terutama bila makan dan bercakap. Ulser mulut tidak berjangkit dan biasanya mengambil masa beberapa hari untuk sembuh. Ulser mulut terbahagi kepada dua iaitu ulser bibir dan ulser lidah. Kedua-dua ulser ni of course, sangat menyakitkan. 



Bagi Mira, kalau kena ulser ni ibarat mulut tu 'terkoyak'. Nak senyum pun rasa senget je bibir sebab tahan sakit ๐Ÿ˜… Dan pengalaman kena ulser mulut haritu rasanya yang paling teruk yang pernah Mira kena sebab ada dua ulser kat dalam mulut. Satu belah kanan bibir dan satu lagi kat sebelah kiri bibir. Bayangkan macam mana nak senyum dan bercakap dengan orang ramai. Rasa nak nangis weh! Tidur malam pun boleh terjaga sebab gigi terkena ulser tu. Memang pedih!

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya ulser dalam mulut ni. Antaranya sebab gosok gigi dengan kasar dan tergigit bibir atau lidah sendiri. Selain dari itu, mulut yang terlalu sensitif kepada makanan berasid, contoh macam buah lemon, oren dan strawberi juga boleh cenderung untuk dapat ulser. Ada jugak yang Mira baca, kalau kekurangan vitamin seperti vitamin B12, Folate dan zat besi pun boleh terjadinya ulser. 

Antara faktor lain terjadinya ulser mulut adalah pemakaian braces. Yang ni kerap terjadi kepada yang pakai palang besi pada gigi tu. Mira pun ada kawan yang pakai braces. And yes, kawan Mira memang selalu kena ulser especially masa mula-mula dia pakai braces tu. Mira kena ulser haritu sebab Mira tergigit bibir sendiri. Kalau tergigit bibir dan tak rawat memang akan melarat dan akhirnya jadi ulser.

Kalau tanya Encik Google, memang banyak je cara nak merawat ulser mulut ni. Tapi Mira nak share dua tips sahaja, sebab tips ni je yang Mira guna masa nak rawat luka ulser dalam mulut Mira haritu yang bagi Mira paling cepat dan berkesan.

1- Garam/Air Garam
Untuk air garam, ambil je garam kat dapur dan larutkan garam tu ke dalam air. Lepas garam dah terlarut, boleh berkumur menggunakan air garam tu dalam 2-3 minit. Jangan telan pulak tau! Lepastu buang air kumuran tu dalam sinki. Kebiasaannya Mira tak buat air garam pun, Mira ambil garam dan lumurkan kat permukaan ulser tu. Penggunaan garam ni bila mana Mira rasa terlalu sakit dan sangat 'terdesak'. Mesti ada yang tanya, lumur garam tu lagi sakit. Yes! Sakitnya tuh tak boleh bawak bincang. Tapi at least rasa sakit tu masa tu sahaja. Biasanya untuk ulser kecik, lepas letak garam keesokkannya dah mula baik. Depends on berapa besar ulser tersebut.

Oh ya! Bagi yang tak tahu, garam dapat mengurangkan kesakitan dan mematikan kuman penyebab ulser tu. Korang hanya perlu letak garam atau berkumur dengan air garam 2-3 kali sehari.

2- Menggunakan Oral Gel
Oral Gel ni ialah sejenis ubat sapu yang boleh digunakan untuk merawat ulser mulut. Oral Gel ni boleh beli kat farmasi dan klinik. Oral Gel memang salah satu inisiatif Mira untuk memulihkan mulut dari ulser. Terdapat banyak jenis jugak sebenarnya Oral Gel ni macam Bonjela, Oral Aid atau Re-Liv. Mira selalu guna yang Oral Aid. Masa study dulu pun kalau terkena ulser dan pergi UK (Unit Kesihatan) akan dapat gel jenis tu jugak. Mira tak pasti ubat sapu jenis lain macam mana tapi kalau Oral Aid ni bila letak je kat tempat ulser tu lama-lama rasa macam bibir jadi besar. Macam kena bius. Dah tak sakit. Hehe.

Oral Gel boleh digunakan dengan baca arahan pada label ubat atau dapatkan guide dari ahli farmasi atau doktor.

Contoh Oral Gel. Source : Google

Mira ada terbaca jugak kalau terlalu kerap dapat ulser mulut adalah petanda awal kanser. So kepada sesiapa yang kerap sangat terkena ulser tu segera lah berjumpa dengan doktor ataupun dapatkan rawatan dengan orang yang berkaitan. Selain itu, banyakkan minum air bila ada ulser tau sebab mulut akan jadi cepat kering. Semoga apa yang Mira sampaikan ni berguna untuk korang ๐Ÿ˜Š

Out for now. Peace ✌

9 comments:

  1. im having too right now..bawah lidah.. nak kumur air garam tkot pedih huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try beli oral gel kat farmasi. Sapu oral gel tak sakit macam kumur air garam. Semoga cepat sembuh ;)

      Delete
  2. ohh letak garam je..kalau saya kena saya biarkan,sbb tak thu cara macamana๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚..tapi perit jugakla๐Ÿ˜‚..thanks share..salam singgah..๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau letak garam sakit dia tu time letak tu je lepastu InshaALLAH akn cepat sembuh.. Welcome ;)

      Delete
  3. dulu zaman sekolah selalu kena.. skrg da jrg.. tp bila kena tu, baru laa rajin nakk minum air masak byk2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kan.. Bila dah sakit mulut baru tahu nak minum air masak. Haha

      Delete
  4. kalau saya guna asam tenyeh kt ulser tu..haha pedih memg pedih..but mujarab..tkpun buh majerin

    ReplyDelete
  5. berapa minggu lepas baru kena , ni sekarang pun kena lagi . Betul ! ada ulser ni payah , nak makan pun kunyah memang slow motion punya sebab takut kena ulser lah katakan . Kumur dengan air garam memang bagus tapi tula , menangis jugalah tak terkata hahaha

    ReplyDelete
  6. Far selalu kalau ulcer ni, dia kena every 2 month gitu. Dari dulu hahaha. Kalau ada tu, dia akan muncul sekali banyak so memang auto boleh kurus time ada ulcer. sakit nak makan >.<

    ReplyDelete