Anime Review | Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna

Assalamualaikum..
Hai..

SPOILER ALERT!!
Medium

Haritu Mira ada tertengok video review tentang animasi Digimon Adventure. Disebabkan cerita tu one of my favorite childhood story dan ramai yang komen best so Mira try untuk tengok sambil-sambil tu dapat mengimbau balik kenangan masa kecik-kecik dulu. 

Source: Google

Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna merupakan siri terakhir bagi dua watak dalam animasi ni, iaitu Taichi & Yamato. Both of them ialah watak utama daripada Digimon Adventure Season 1 lagi. Pengkhususan cerita lebih kepada mereka berdua kerana mereka dah dewasa dan ikatan antara mereka dengan digimon partner mungkin akan berkurang ataupun hilang. Tapi tak tahu lah kalau in the future the creator akan wujudkan balik watak-watak ni. Who knows kan? But here's my own review for this anime.



Petal flower ring tu cantik. Tapi menyakitkan 💔

First of all, its about my first impression bila tengok anime ni. The impression be like 'Halahh dah besar budak-budak ni' 😂 Pastu tetiba pulak tersengeh sorang-sorang. Mengimbau kenangan lah katakan. Hehe. Mira memang tahu yang ada beberapa sekuel movie Digimon Adventure yang lain sebelum siri last cerita ni. Tapi Mira tak pernah tengok pun movie yang sebelum tu. Tengok-tengok je yang last sekali. Haha. Tak kisahlah sebab jalan cerita bagi siri terakhir tak berkait sangat pun dengan yang sebelum ni. Bukanlah tak ada kaitan langsung tapi walaupun dah tengok yang terakhir terus, masih lagi boleh faham jalan ceritanya. 

Second, the storyline. Bagi Mira dia punya storyline simple tapi menarik. Siapa yang pernah tengok Digimon Adventure pada tahun 2000 tahu lah macam mana digimon tu berevolusi daripada kecil sampai besar dan kuasa mereka pun bertambah jadi lagi kuat. Dan diawal cerita lagi digimon diorang ni dah pun berlawan dengan digimon yang tersilap masuk ke dunia manusia which is bagi Mira sangat interesting sebab creator masih meletakkan main song yang sama jugak macam dulu masa digimon tu berevolusi. Lepas habis tengok cerita Mira bukak youtube untuk cari balik lagu tu. I have to admit that the song has such a beautiful lyrics. Selalu jugak masa kecik-kecik dulu menyanyi lagu tu tanpa tahu lirik yang betul pun. Entah betul ke tidak. Aihh. Menggamit memori betul. 

Next, the message that had been delivered to the audience. Mira sangat suka tengok movie yang mana ada moral value ataupun ada sentiment tersendiri yang boleh diambil lepas menonton apa-apa cerita. Untuk anime ni, unexpected sebenarnya sebab Mira tak tahu rupa-rupanya movie ni ada mesej yang menarik yang cuba disampaikan. Walaupun hanya anime, mesej yang ada di dalam cerita ni sangat berkait rapat dengan dunia realiti. Mesej yang sangat ringkas tapi mudah untuk audience terima dan hadam mesej tersebut. 

Lastly, the ending. Yang Mira nak tulis ni mungkin spoiler sikit lah. Tapi this anime have a sad ending tho. Sampai sekarang pun masih rasa lagi sedih tu dalam erti kata lain tak boleh nak betul-betul move on lagi lepas tengok Digimon Adventure yang terakhir ni. Macam mana sedihnya sebuah perpisahan macam tu jugak lah situasi yang ditunjukkan dalam cerita ni. Hampir-hampir terkeluar air mata weh! Anime je pun. Yes! Anime aje pun tapi cerita-cerita ni lah yang membuatkan zaman childhood dulu awesome. Betul tak?

Tidak dapat dinafikan childhood is the most best memories ever. Tak perlu fikir pasal masalah, tak perlu fikir pasal tanggungjawab. Hanya fikir nak main je. But.. we have to grow up right? We have to look and move forward for the future. Our future. Tak salah sekali sekala mengimbau balik kenangan masa jadi budak-budak, tapi hakikatnya kita masih perlu terus berjalan. 

"You've surely grown up, Taichi" -Agumon
"And you never change" -Taichi

P/s: Mira tak boleh move on lagi dengan cerita ni. Rasa macam nak layan jugak siri yang sebelum ni. Kalau ada masa best jugak layan ni. Kiki~

Out for now. Peace






14 comments:

  1. saya suka gile citer digimon🤗
    kalau tengah makan nasi mesti lambat abis..sebb dduk depan tv tengok citer ni punya pasal😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Dulu best duduk depan tv sambil tengok cerita ni. hehe

      Delete
  2. same!!! masa mula2 tgk.. i feel the same.. ' dah besar and handsome budak2 ni '
    right now dah ada new series digimon adventure 2020...

    mohon singgah to my blog baca my review about same things jgk :)

    https://zieyaweasley.blogspot.com/2020/08/digimon-adventure-last-evolution-kizuna.html

    ReplyDelete
  3. Wahh.. Ada jugak yang rasa sama macam Mira. Best kan cerita dia ;)

    ReplyDelete
  4. i watch pokemon versi live action pun dah suka .

    like especially when its from childhod memory . jarang nk tgok cartoon lama sekrg haha mostly didi je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Pokemon detective pun Mira dah tengok best sangat kan. Comel gila pikachu :D

      Delete
  5. yes anime digimon mmg best ^^ saya pun suka tgok hihi

    ReplyDelete
  6. omg this is my favourite too. rasa nak nangis bila tgk balik. can't believe it is really ending. sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih sangat ending dia kan.. Digimon mmg paling fav lahh masa kecik2 dulu hehe

      Delete
  7. wow..berzaman dah citer nih..lama sgt stop tgk ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mira pun dah lama tak tengok. Bila tngk je yg last punya haha. Best sbb watak dalam digimon ni grown up.

      Delete
  8. tak tengok lagi movie ni >.<

    ReplyDelete