Assalamualaikum..
Hai..
Dah lama agaknya Mira tak bersiaran since Mira dah buat entry pertama haritu kan? Mira sangat busy lately with my life. Banyak benda kena settle so yeah i am back writing something. Komen-komen di first post tu pun Mira dah baca. Thank you sangat sudi komen. Ada masa nanti Mira melawat blog korang pulak ye 😉
Rasanya masih belum terlambat untuk Mira ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua muslimin muslimat yang baca 'nota' Mira kalini. Semoga Hari Raya Aidiladha tahun ni memberi makna untuk korang semua ❤
Macam mana raya korang? Mira rasa Raya Korban tahun ni pun disambut dengan sederhana jugak kan? Ataupun mungkin meriah sikit dari Raya Puasa haritu. Ye lah, Raya Aidilfitri tahun ni semua tak boleh pulang kampung sebab masa tu kerajaan umum PKP kan? Raya Aidiladha ni tiada sekatan untuk balik kampung tapi masih perlu patuhi SOP ya. Ingat tu ! Kalau kat tempat Mira, sehari sebelum raya tu banyak kenderaan masuk Kelantan sampai jem teruk. Mira nak pergi kedai dengan kereta lebih kurang 15 minit dari rumah pun terpaksa hadap jem jugak. Itu cerita sehari sebelum raya. Apa yang Mira nak share kalini adalah Mira punya Raya Aidiladha.
Hari Raya Aidiladha Mira tahun ni sangat-sangat berbeza dari tahun yang sebelum ni. Kalau sebelum ni sambut Raya kat Kelantan tapi tahun ni Mira dan family berhari raya kat Cameron Highlands. My Family ada tempah apartment besar kat sana so Mira bercuti (kira bercuti jugak lah) bersama keluarga di Cameron Highlands.
Malam raya tu Mira bertolak dari Kelantan ke Kuala Lipis sebab Mira bermalam kat rumah saudara kat sana. Perjalanan ke Kuala Lipis tu agak 'meriah' sebab banyak kereta yang nak masuk Kelantan. Kereta yang bertentangan dengan perjalanan tak putus-putus and of course jem teruk. Nasib baik jalan belah Mira masa tu tak jem. Hehe 😅
First day of Aidiladha, Mira and whole family bergerak dari Kuala Lipis ke Cameron Highlands lebih kurang lepas zohor macam tu. Sampai atas lebih kurang pukul 4.00 pm sebab dekat je perjalanan tu. Kami stay kat Crown Imperial Court Apartment near Brinchang. Tinggi sangat Apartment tu dan kebetulan pulak rumah kitorang kat atas sekali. Fuhh ! Gayat.
Pemandangan dari apartment yang Mira stay. Hampir sama tinggi dengan bukit kat belakang tu haa 😅
Baju raya Mira untuk Raya Haji ni just T-Shirt dengan Slack Jeans je. Tak bawak baju raya sebab nak 'panjat' bukit Cameron ni.
...
Second day at Cameron Highlands. Yang ni nak dijadikan cerita sebenarnya. Hari yang Mira dan keluarga pergi Cameron tu ialah hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Mira dah pernah baca sebelum ni viral Cameron Highlands jadi sesak sebab ramai yang datang melancong lepas berakhirnya PKP haritu especially pada hari minggu dan cuti umum. Kebetulan pulak dengan hari yang kitorang pergi tu adalah hari minggu dan cuti sekolah jugak. But masa tu i thought "mungkin raya so kat Cameron tak ramai". Punyala tinggi konfiden level masa tu at the end memamg makan jem tanpa roti jugak kat atas tu. Adeh 😂
Jem tanpa roti 😂
Planning memang banyak sangat tempat nak pergi untuk second day tu. Tapi apakan daya, pergi situ jem pergi sana jem. Memang kenyang macam tu je. Haha. Bila sampai kat tempat tu takde parking pulak plus ramai sangat orang yang datang. Rasa insecure sebab ramai sangat since pandemik Covid-19 masih lagi ada kat Malaysia kan. Last-last semua buat keputusan balik apartment je. Daripada hadap jem dan ribuan manusia kat tempat crowded baik lah fikir pasal keselamatan diri dulu. Betul tak?
Tapi kitorang ada jugak jalan-jalan kat sekitar apartment tu. Sebab kat bawah tu ada macam mini market gitu. Tempat pun tak crowded sangat so boleh lah untuk lepas gian jalan-jalan. Tak guna kereta pun. Jalan kaki je. Jimat minyak. Hehe.
Kat pasar Brinchang ni ada satu kiosk jual daging kambing bakar blackpaper. Mira pulak memang favorite sangat daging kambing ni. Mira suka makan. So ayah Mira beli dalam lima bungkus makan kat apartment with whole family.
Sebab Mira lupa nak tangkap gambar kedai tu so Mira belanja gambar daging kambing je la ehh 😅 Ada yang terliur tak? Makan sambil menikmati pemandangan luar apartment pastu sejuk-sejuk pulak memang nyaman. Hehe
Seharian memang duduk kat apartment je la. Macam bosan sebab tak boleh keluar pergi mana-mana sebab jem, tapi sebab family Mira jenis yang banyak cakap dan kecoh, so tak terasa pun bosan tu. Lebih kepada 'bonding time with family' gitu.
...
Mira stay kat sana dua malam. Sapa yang pernah menginap dekat Cameron ni faham-faham je laa sejuk malam dia tu macam mana. Sejuk uiii. Nak pijak simen tanpa stokin pun kena jongkit-jongkit sebab sejuk yang amat. Air paip tak payah cakap lah. Tadah air guna tangan macam tadah air batu. Hehe.
...
Last day kat sana tu plan nak singgah mana-mana. Sebab makanan wajib beli kalau datang Cameron macam strawberri, jagung and sayur fresh tak beli lagi. So beli kat tempat on the way turun daripada sana. Nak turun sampai lereng bukit tu pun dah berapa jam membazir masa sebab jem 😪 Sempat jugak singgah ladang teh tapi park tepi jalan je sebab nak bergambar. Okay lah daripada tak ada apa-apa. Hehe.
Me, my mom and siblings
Sempat menikmati pemandangan ni walaupun sekejap
And yeah alhamdulillah sekarang Mira dah pun selamat sampai rumah kat Kelantan. Walaupun tak berapa nak bercuti sangat tapi dapat jalan-jalan Cameron Highlands ni pun dah kira okay. Bukan rezeki lagi dapat fully holiday dengan family. InshaALLAH next time.
Yep, itulah serba sikit peristiwa Aidiladha Mira yang Mira nak share dalam note kalini. Korang yang mana ada pengalaman pergi Cameron Highlands kena hadap jem boleh sharing story korang kat bahagian komen okay nanti Mira baca 😉
Out for now. Peace ✌
my trip to here terpaksa canceled sbb pandemic last march :(
ReplyDeletesince that tak pernah cakap dah about this... nak p now terlalu pack.. hope nt bila dah reda boleh sampai kesini lagi
InshaALLAH nnti keadaan dah reda boleh pegi sana. Mira haritu pergi tak sempat jalan-jalan pon sbb crowded. hehe.
DeleteBestnya dapat pergi cameron! teringin nak pergi makan strawberry banyak banyak hehe
ReplyDeleteBoleh je pergi. Tapi kalau pergi bukan hari minggu atau bukan musim cuti sekolah lagi best. hehe
Deletewahh best nyaa..😍
ReplyDeleteBest dan sejuk. Huhu..
Delete