Rm50 Touch N Go E-Wallet

Assalamualaikum..
Hai..

Rakyat sedia maklum bahawa Perdana Menteri kita iaitu YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin dah pun mengumumkan pemberian Rm50 kepada yang berusia 18 tahun ke atas secara E-Cash menerusi aplikasi E-Wallet Touch N Go bagi rakyat yang telah mendaftarkan diri di aplikasi MySejahtera. Ada lagi ke yang belum terus Rm50 tu? Kalau ada cepat-cepat buat ye! Rugi sangat kalau tak tebus. Kalau taknak boleh bagi Mira. Hehe 😆

Source : Google

Mira sebenarnya jarang menggunakan aplikasi Touch N Go E-Wallet ni. Sebab kat Kelantan tak banyak kedai yang menggunakan aplikasi ni untuk berjual-beli. Kalau tak bawak duit secara cash pun Mira lebih suka bayar guna Debit Card ataupun Pay Wave. Mira tahu Touch N Go E-Wallet ni bayak lagi kegunaannya. Cuma seketul Mira ni je yang malas lagi nak godek-godekbenda alah tu. Dan masa PM kita buat pengumuman dah boleh claim Rm50 tu Mira taklah macam 'excited' sangat sebab yang Rm30 haritu pun Mira tak buat bila dapat tahu boleh claim guna aplikasi yang sama. Tapi.. Rm50 kot! Siapa yang nak bagi free je kan? So Mira install Touch N Go dan buat penebusan tu. By the way, Rm50 boleh juga ditebus menerusi aplikasi Boost ataupun Grab Pay. Boleh pilih aplikasi mana yang korang nak claim.



Bila dah dapat Rm50 tu terfikir jugak nak beli apa. Maklumlah, first time guna Touch N Go. Lama jugak lah duit tu 'tersimpan' dalam tu. Terfikir nak guna untuk beli barang-barang kat Watson tapi Watson pun Mira dah lama tak jejak. Sebab Mira tak percaya kat diri sendiri kalau pergi Watson akan beli bawah Rm50 😅

Nak dijadikan cerita, haritu Mira tengah main scroll facebook adalah terjumpa cara-cara nak masukkan duit dari E-Wallet kepada Shopee Pay. Mira be like "Ohh, boleh rupanya". Mira memang suka beli barang kat Shopee so bila terbaca tu rasa macam ada sinar kebahagiaan gitu. Haha. Akhirnya dapat jugak Mira belanja duit tu kat tempat yang Mira suka beli. Kikiki. Lepas tengok cara-cara dia dan baca komen sikit-sikit Mira pun cari lah satu masa untuk buat tu. Salah satu step nya kena pergi 7-Eleven for bar code scan untuk transfer-kan duit tu ke dalam akaun Shopee Pay.

Taraa! Gambar resit bila selesai scan bar code 

Alang-alang dah keluar tu why not singgah sekejap kat 7-Eleven. Tak sampai 5 minit pun akak casher 7E tu buat terus dapat notification dari Shopee yang Rm50 dah pun dimasukkan dalam akaun Shopee Pay. Eksited dia tu lain macam. Haha 😂



Bila buka notifikasi Shopee terus ke akaun Shopee Pay tengok-tengok Rm50 dah ada. Senang je caranya tak susah pun. Dah lama Mira claim Rm50 ni masuk dalam Shopee Pay tapi sampai sekarang tak terusik lagi sebab mostly barang yang Mira nak beli dah terbeli bulan lepas. Kena window shopping and spend time cuci mata kat Shopee lagi ni. Hehe. Korang beli apa guna Rm50 tu? Kalau sudi boleh komen di bawah okay 😉

Out for now. Peace




6 comments:

  1. kak Miera, tau tak dari haritu Far try log in dalam app TNG tu sebab nak redeem lah en tapi tak boleh ya Allah stress betul. Far try buat acc baru tak boleh sbb dia kata number to existed. Pastu bila log in, dia kata number not existed adoi rasa nak campak phone hahaha. So, sampai sekarang Far tak tebus lagi huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Far.. Boleh try tekan forgot your pin. Kalau tak silap Kak Mira nnti dia akan hantar code kat phone number n try log in skali lagi guna code tu. Hrp dpt mmbntu :)

      Delete
  2. ramai tak tau benda ni.. like can pay online shopping guna e-wallet.. thanks for writing this down

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Ramai yang tak tahu. Kalau kat lazada boleh je guna terus Touch N Go untuk pay online tapi kat shopee nak guna Touch N Go blh jugak tp kena pergi 7E untuk scan bar code. Hehehe

      Delete
  3. laaaa baru tahu boleh guna dekat shoppee,tpi takpe lah dh habis dh duit huhuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh awak :) Sejujurnya Mira pun baru tahu lps baca kat fb. Hehe..

      Delete