Review | Malay Novel | Dia Tetap Sempurna

Assalamualaikum..
Hai..

SPOILER ALERT!!
Low

Dua hari yang lepas Mira baru je habis baca novel. Setelah sekian lama tak membaca akhirnya ku tewas jua. Jap. Membaca itu amalan mulia, Mira tulis 'tewas' tadi maksudnya tewas dengan kemalasan untuk membaca tu sendiri. Jangan salah faham okay 😉 

Actually novel tu dah lama jugak lah Mira pinjam dengan member Mira tapi Mira peram lama-lama. Sebab nak baca kena ada mood. Kalau tak ada mood memang ke laut lah. Nasib baik tak berubah jadi jeruk. Haha. Lagipun memang lama sangat tak 'masuk' dalam dunia novelist ni. Asyik menghadap realiti kehidupan aje kan. So sekali sekala tak apa kot. Huhu.

Title : Dia Tak Tetap Sempurna

Mesti ada yang tanya macam mana nak sebut tajuk novel ni. Dia TAK TETAP sempurna ke? Macam pelik kan? Sebab my first impression kepada novel ni pun macam tu jugak 😂 Tapi sebenarnya tajuk dia 'Dia Tetap Sempuna' sahaja. Why kena letak perkataan TAK tu? Okay yang tu kena tanya author sendiri sebab Mira tak tahu 😅 Probably by reading the title will make some people wonder what's stories is all about. Right? Hehe.



Sebelum bagi review mehh Mira cerita secara ringkas sinopsis novel ni. The story is about girl named Dara Nailufar yang berjumpa tanpa sengaja dengan seorang lelaki yang bernama Eskandar Arasyah. Dipendekkan cerita Eskandar mempunyai segalanya tapi bagi diri Eskandar sendiri, hanya dia sahaja yang tahu bahawa dirinya tak lah sesempurna yang orang lain tengok. Apakah ketidaksempurnaan yang ada pada Eskandar? Yang tu korang kena baca sendiri. Mira taknak tulis nanti jadi spoiler pulak. 

Novel-novel karya Anjell memang favorite Mira. How to say? Anjell bukan 'one of my favorite author' but one and only kot favorite novelist author buat masa sekarang. Since tahun lepas, Mira dah kurang baca novel. Tapi Mira masih boleh go on untuk baca penulisan-penulisan dan karya-karya Anjell. Mira dah baca dua buah novel daripada Anjell sebelum ni dan honestly Mira cakap, dua buah novel dia yang Mira baca tu memang sangat best and enjoyable.  

Berbalik kepada Dia Tetap Sempurna (DTS). The novel really meet my expectation lah. Lepas baca Mira hardly untuk move on sama jugak macam novel yang sebelum ni. Less cliche and Mira sangat recommend untuk korang yang pengemar novel untuk baca novel ni. So.. Apa yang best sangat tentang novel ni sampai Mira recommend korang untuk baca?

First of all, yang ni memang Mira paling suka sangat tentang novel Anjell kalini. Sebab Dia Tetap Sempurna mempunyai banyak quote. Quote yang ada kat dalam buku ni mostly adalah percakapan ataupun ayat-ayat daripada Eskandar (salah satu watak dalam ni) dan quote-quote ni jugak bukan sekadar 'penyedap ayat' sahaja. Dia macam.. More too meaning di sebalik quote tersebut. Mira tak pasti kalau yang dah baca novel ni jumpa ke tak quote-quote yang Mira maksudkan. Tapi sebab memang Mira sejenis yang suka baca quote dan suka meaning quote tu. Mira bukannya sasterawan tau! Masa sekolah dulu pun bukan aliran sastera tapi seketul Mira memang gemarkan quote. Banyak ayat-ayat best kat dalam buku ni sampaikan Mira ambik gambar, post kat story and siap letak highlight lagi kat instagram stories. Hehe.

Ayat-ayat best dalam Dia Tetap Sempurna semua Mira compile dalam satu highlight kt instagram. Alang-alang tu boleh follow instagram Mira sekali InshaALLAH akan di follow back. Eh ter-promote pulak 😝

Second, Mira sangat suka watak Eskandar aka the hero in the novel. Of course, kalau baca novel memang akan tertarik dengan watak lelaki 'ciptaan' kita sendiri betul tak? Mira suka watak tu bukanlah sebab dia seorang yang kacak, tampan, kaya dan lain-lain. Tapi disebabkan karakter dia bawa dalam novel ni. Karakter Eskandar ni adalah seorang yang sangat matang dalam percakapan membuatkan Mira rasa macam.. 'I like this guy, seriously.' Kalau boleh Mira pun nak cari lelaki yang macam tu jugak. Agak-agak jumpa tak? Haha 😂 Bagi Mira, Anjell suka memberi kelainan dalam buku-bukunya. Setiap karakter pada watak dalam setiap novel karyanya memang different to each other. Buatkan pembaca rasa tak bosan dan enjoy. 

Third, i think this is the last one kot. Terdapat a few information kat dalam novel ni, yang sebelum ni kita tak tahu pun pasal sesuatu benda tu. But after finished read the novel, at least we gained something. Macam ilmu jugak lah. Some knowledge yang buat kita rasa macam 'ohh baru tahu'. Lebih kurang macam tu. Ada beberapa words yang mungkin tak faham dan Mira akan faham setelah tanya Encik Google. Hehe. Sama jugak dengan dua buah novel yang sebelum ni, lepas baca Mira mesti akan dapat ilmu baru. Maksud yang Mira nak sampaikan kat sini ialah the author bukanlah membuta tuli bila menulis tentang sesuatu perkara. Dia mungkin baca ataupun selidik dulu sebelum menulis dalam karyanya supaya informasi yang disampaikan adalah betul. 

Rasanya tu je kot antara review yang Mira boleh buat untuk novel Dia Tetap Sempurna. Mira sangat recommend untuk korang baca sebab memang best. DTS adalah novel terbaru Anjell. Novel ni pun Mira pinjam dengan member Mira je, dia beli masa pre-order haritu. Rasanya dah keluar kot kat mana-mana bookstore. Kalau teringin nak baca boleh survey kat sana ye 😉


Out for now. Peace


7 comments:

  1. author tauuu how nak buat orang wondering kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes! Sebab tu Mira suka sangat baca novel Anjell. Hehe..

      Delete
  2. macam menarik, boleh cuba check hehe

    ReplyDelete
  3. penulis sengaja letak tak sebab setiap manusia kan ada kelemahan tapi bila bercinta ni pasangan kita akan isi kekurangan tu.

    Anyway thanks follow blog. Singgah sini & follow balik :D

    ReplyDelete
  4. kita lama tak baca novel..sekarang fokus on komik je..

    saya datang mengopi disini
    jom ngeteh kat blog saya

    ReplyDelete
  5. Miraa dulu je ketagih baca novel. Sekarang dah kurang hehe. Singgah sini ;)

    ReplyDelete