Self-Reflection | Always be Grateful

Assalamualaikum..
Hai..

Mira nak share something yang berlaku pada Mira sepanjang harini dan peristiwa yang berlaku tu makes me had a self-reflect for a while. But before that, apa yang Mira nak tulis ni sekadar untuk bagitahu sesuatu yang Mira dapat ataupun belajar dari apa yang berlaku pada diri Mira je tau. Takde kaitan dengan dengan mana-mana pihak. Hehe.

Sources : Unsplash


Well.. today, Mira just had a normal routine day. Cumanya tadi masa tengah buat searching kat Encik Google Mira terjumpa satu laman web yang ada banyak pilihan untuk template blog. Seketul Mira ni pun macam 'wahh banyaknya template blog yang lawa-lawa', 'ni kalau tukar template blog sendiri pun okay jugak'. Hrmmm.. Dan sejujurnya Mira ni seorang yang insecure bila tengok blog yang lawa-lawa. Haha. Don't get me wrong okay. Mira bukannya dengki dengan orang yang mempunyai blog yang lawa cumanya Mira sejenis suka comparekan dengan blog sendiri. Dari dulu pun, masa blog first dulu pun Mira rasa macam tu jugak. Susah nak hilangkan perasaan tu. Aihh. Tapi disebabkan that bad feeling jugaklah, Mira came up up dengan self-reflection harini. Kalau nak tahu baca sampai habis. Kikiki.

Review | Malay Novel | Dia Tetap Sempurna

Assalamualaikum..
Hai..

SPOILER ALERT!!
Low

Dua hari yang lepas Mira baru je habis baca novel. Setelah sekian lama tak membaca akhirnya ku tewas jua. Jap. Membaca itu amalan mulia, Mira tulis 'tewas' tadi maksudnya tewas dengan kemalasan untuk membaca tu sendiri. Jangan salah faham okay 😉 

Actually novel tu dah lama jugak lah Mira pinjam dengan member Mira tapi Mira peram lama-lama. Sebab nak baca kena ada mood. Kalau tak ada mood memang ke laut lah. Nasib baik tak berubah jadi jeruk. Haha. Lagipun memang lama sangat tak 'masuk' dalam dunia novelist ni. Asyik menghadap realiti kehidupan aje kan. So sekali sekala tak apa kot. Huhu.

Title : Dia Tak Tetap Sempurna

Mesti ada yang tanya macam mana nak sebut tajuk novel ni. Dia TAK TETAP sempurna ke? Macam pelik kan? Sebab my first impression kepada novel ni pun macam tu jugak 😂 Tapi sebenarnya tajuk dia 'Dia Tetap Sempuna' sahaja. Why kena letak perkataan TAK tu? Okay yang tu kena tanya author sendiri sebab Mira tak tahu 😅 Probably by reading the title will make some people wonder what's stories is all about. Right? Hehe.

Rm50 Touch N Go E-Wallet

Assalamualaikum..
Hai..

Rakyat sedia maklum bahawa Perdana Menteri kita iaitu YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin dah pun mengumumkan pemberian Rm50 kepada yang berusia 18 tahun ke atas secara E-Cash menerusi aplikasi E-Wallet Touch N Go bagi rakyat yang telah mendaftarkan diri di aplikasi MySejahtera. Ada lagi ke yang belum terus Rm50 tu? Kalau ada cepat-cepat buat ye! Rugi sangat kalau tak tebus. Kalau taknak boleh bagi Mira. Hehe 😆

Source : Google

Mira sebenarnya jarang menggunakan aplikasi Touch N Go E-Wallet ni. Sebab kat Kelantan tak banyak kedai yang menggunakan aplikasi ni untuk berjual-beli. Kalau tak bawak duit secara cash pun Mira lebih suka bayar guna Debit Card ataupun Pay Wave. Mira tahu Touch N Go E-Wallet ni bayak lagi kegunaannya. Cuma seketul Mira ni je yang malas lagi nak godek-godekbenda alah tu. Dan masa PM kita buat pengumuman dah boleh claim Rm50 tu Mira taklah macam 'excited' sangat sebab yang Rm30 haritu pun Mira tak buat bila dapat tahu boleh claim guna aplikasi yang sama. Tapi.. Rm50 kot! Siapa yang nak bagi free je kan? So Mira install Touch N Go dan buat penebusan tu. By the way, Rm50 boleh juga ditebus menerusi aplikasi Boost ataupun Grab Pay. Boleh pilih aplikasi mana yang korang nak claim.

TIPS : Ulser dan Cara Merawatnya

Assalamualaikum..
Hai..

A few days ago Mira baru je sembuh dari luka ulser kat bahagian mulut. So Mira nak share serba sedikit pasal ulser yang Mira tahu since dalam tempoh Mira kena ulser haritu Mira ada baca sikit pasal ulser mulut ni.

Mira rasa semua orang pernah alami ulser mulut ni betul tak? Selain dari budak kecik, orang dewasa pun boleh alami masalah ni. Dia punya sakit tu memang 'nikmat' yang amat kan? Hehe. Sebenarnya ada cara untuk kita merawat ulser di mulut supaya tidak menjadi makin teruk. Dan Mira akan share dua tips yang Mira guna masa nak rawat ulser yang ada kat mulut Mira haritu. Kalau rajin boleh baca 'note' Mira kalini sampai habis.

Source : Google


First of all, jom kenali apa itu ulser. Ulser ni adalah sejenis luka kecil yang terjadi pada bahagian mulut. Selalunya ulser akan menyebabkan kita rasa sakit dan tak selesa terutama bila makan dan bercakap. Ulser mulut tidak berjangkit dan biasanya mengambil masa beberapa hari untuk sembuh. Ulser mulut terbahagi kepada dua iaitu ulser bibir dan ulser lidah. Kedua-dua ulser ni of course, sangat menyakitkan. 

2020 Eidul-Adha at Cameron Highlands

Assalamualaikum..
Hai..

Dah lama agaknya Mira tak bersiaran since Mira dah buat entry pertama haritu kan? Mira sangat busy lately with my life. Banyak benda kena settle so yeah i am back writing something. Komen-komen di first post tu pun Mira dah baca. Thank you sangat sudi komen. Ada masa nanti Mira melawat blog korang pulak ye 😉

Rasanya masih belum terlambat untuk Mira ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua muslimin muslimat yang baca 'nota' Mira kalini. Semoga Hari Raya Aidiladha tahun ni memberi makna untuk korang semua ❤

Macam mana raya korang? Mira rasa Raya Korban tahun ni pun disambut dengan sederhana jugak kan? Ataupun mungkin meriah sikit dari Raya Puasa haritu. Ye lah, Raya Aidilfitri tahun ni semua tak boleh pulang kampung sebab masa tu kerajaan umum PKP kan? Raya Aidiladha ni tiada sekatan untuk balik kampung tapi masih perlu patuhi SOP ya. Ingat tu ! Kalau kat tempat Mira, sehari sebelum raya tu banyak kenderaan masuk Kelantan sampai jem teruk. Mira nak pergi kedai dengan kereta lebih kurang 15 minit dari rumah pun terpaksa hadap jem jugak. Itu cerita sehari sebelum raya. Apa yang Mira nak share kalini adalah Mira punya Raya Aidiladha.